
Last Saturday my bike club Cop Riders Club had our Family day gathering di Mercu Beach Resort Cherating. Almost 31 keluarga datang yg mana semuanya termasuk isteri dan anak anak hampir 80 lebih orang . Meriah juga. Perjalanan konvoi kereta dan motor bermula dari stesyen minyak BP selepas tol gombak. Bertolak jam 1045 pagi melalui lebuhraya . Pada awalnya our journey baik dan terkawal. Member-member bikers yg bawak motor bantu buat marshalling. Tq Bro Aris , Pakya (Wingers) Mat Metro , Ipin , Roslan Puncak Niaga , Uncle Tiger, Embok 1000RR , Edrin and wife Wati , Abg Wan Malek n Wife ST1300 , dan lain lain yang tak tersebut nama disini . Adalak kawan sorang ni Eddie CBR900RR sudah putus rantai di pertengahan jalan ....nasib baik ada plus ronda bantu bwk mtr sampai RnR Temerloh..Tq Bro...Skrg Edie sudah tukar nama Eddie RP bukan RT Bwm tu , RP = Rantai Putus...hehehe jgn marah bro . Kita org tunggu eddie kat RnR Temerloh...Tak lama kemudian , eddie sampai Universal Riders dari Temerloh kalau tak silap bantu bwk mtr eddie ke kuantan naik pickup ranger untuk ganti rantai ...TQ Bro Universal Riders. Kami yg lain terus shoot ke Mercu Beach resort Cherating dan check in hampir jam 3ptg . Penat beb. Jam 4ptg gameshow bermula.Macam macam ada untuk anak anak ,ibu ibu dan bapa bapa.Meriah . Malamnya 8.30pm ada dinner. After ucapan perasmian dari Tuan Presiden CRC Supt. Zahedi Ayob, semua skali menikmati makan malam yang di taja oleh saudara Zamri Dr Hotel Sri Malaysia Temerloh. Tq Bro. Acara karoeke dan cabutan bertuah menceriakan lagi suasana . Ada yg macam peserta realiti TV tapi takdak sms AFUNDI...Bro bikers CRC ini ada yg bakat terpendam....Johan karoeke Tuan Presiden , Naib Johan Marn-tarb , Ketiga Bro. Khairol....yg nyanyi lagu Jamal Abdillah . Tq juga diucapkan pada Phang Bikers Abg Man yg datang dengan 4 bikers lain. Harap lain kali CRC dapat berkejasama dalam lain lain acara di masa akan datang . Sebelum tamat acara makan malam , saudara Zoom dr Pahang Bikers telah menjemput member2 CRC untuk datang Ke Zoom Cafe di kuantan . Ada sedikit jamuan pada 15hb esoknya. Pagi 15hb , acara permainan diteruskan , seperti Final tarik tali , futsal kaum bapa dan ibu . Ada yg main mcm dalam Copa America yg sedang hangat sekarang . Ada yg tarik nafas dalam dalam walaupun baru main 5 minit. Team Mat Metro telah jadi juara .Tahniah. Shafiq latah United tempat kedua . Tgahri setelah makan tengahari penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara masing masing dan ucapan penutup dari Timbalan Presiden . Jam 2 ptg yang menaiki kereta telah berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Bikers yg lain telah menghala ke Zoom Cafe dengan dijemput oleh Zoom sendiri menaiki Goldwing airbrush gambar COBRA . Chantik wooo.....Di Zoom cafe kami di jamu dengan mee kari , keropok , sata ( Sedap tu.....) pulut palas , kari , ayam masak merah , Air sirap , teh dan tea o . Semasa menjamu selera , Saudara Zoom telah memaklumkan seorang ahli Pahang Bikers bernama Nasir yg menunggang 636 , telah meninggal dunia di Maran akibat kemalangan Jalanraya. ALFATIHAH untuk rakan bikers kita Nasir semoga Rohnya dicucri rahmat . Amin . CRC members yg ada di zoom cafe telah melancarkan kutipan derma kilat yg tak seberapa dan diserahkan oleh Timbalan Presiden CRC kepada Saudara Zoom untuk disampaikan kepada keluarga Allahyarham . Jam 5 ptg berlepas pulang ke Kuala Lumpur dalam Hujan lebat ......Cop Riders Club Members...you're the best brothers . Salam Timbalan Presiden CRC, ASP Norhizam Bahaman ( marn-tarb)
2 comments:
http://www.motorev.shutterfly.com
keep ride..and nice bike.
Post a Comment