Monday, September 28, 2009

Hola

Hi sorry for long silence....im bit busy as usual.....try come in here everyday if i got time.....

Sunday, February 24, 2008

PILIHANRAYA UMUM P.214 SELANGAU

Hari ini dalam sejarah....Buat Pertama kalinya aku bertugas sebagai pegawai pemerintah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan Pilihanraya Umum . Dulu dulunya pilihanraya aku hanya lah sebagai petugas sahaja , ha kau, sekarang aku ambil alih pulak perjalanan pilihanraya ini khususnya kawasan parlimen P.214 Selangau. Calon BN , YB Joseph Entulu Belaun , telah diistiharkan menang tanpa bertanding. Penyokong BN sekitar 600 orang sahaja , itu pun dah riuh rendah tempat penamaan calon ini . Suka sakan penyokong Barisan Nasional bila calon mereka ini menang . Hari ini dalam sejarah juga , menurut orang ramai di situ , inilah pertama kali Pilihanraya tiada calon lain mendaftar sebagai calon untuk menentang YB Joseph Entulu , Boss Aku kat Kuching sempat cakap yang aku ni ade bela antu yang manyak kuat ...sampai tiada calon lain nak lawan calon Barisan Nasional . Sebagai Ketua Polis Daerah , aku berterimakasih la pada penyokong penyokong ni tak buat perangai . Kalau tak penat jugak nak handle....Ok lah , till we meet again.

Wednesday, February 6, 2008

I GONE THROUGH MY 1ST MONTH GREAT

Hi Frenz, lama tak drop by kat sini. Actually bit busy. I lalui bulan pertama dgn jayanya. Kerja sini enjoy. Meet new people and study the local culture. Last week br la dpt gi riding ke Similajau. Tempat ni mcm resort ade jungle tracking and so on. Ok jugak la. It is situated along the route to Miri from bintulu. Tak la jauh, bout 26km. Kat sini you bleh nampak "BEWARE OF CROCODILE". Die org ckp kat sini ade Buaya air masin . Takut jugak nak mandi. Normally yg datang sini enjoyed the Jungle tracking dan banyak lagi yg boleh di lihat. Aku tak la masuk lam track tu just walk around. Very Very the Sunyi one this place. Sape yg nak come for honeymoon is a good place to be or nak second time honeymoon pun boleh. Like refresh the tie. Esok 7hb Feb aku nak p riding ke Saratok. Member bintulu ajak. Sok pun ghaye cina tak de ape yg menarik sgt. Nanti I try update my blog. To all my chineese frenz...GONG XI FA CHAI. Aku tikus punya tahun, So long my frenz. Chow Sin

Monday, January 7, 2008

IM THE OCPD of TATAU DISTRICT

Hello , Sorry for long silence, bit busy arranging new things here in Tatau. Now Im the OCPD of Tatau District started last 3rd January 2008....Wow, new task with new environment and culture. I am happy live here...but the  nature of work here so different from my past duty in KL . Here , myself more to administrative level , meet up with   Head Of others Govt office . Here  people of Tatau mostly from Iban ethnic, so far , I can adopt new things . My place actually very small town but inside here lots of things to face. From economic view, crime, people of tatau , too  much work

actually to study. Tatau is one of the place contributed economy for sarawak. Here we can see lots of timber taycoon, birdnest , farm such as Black pepper...etc. Why dont you people take apportunity to drop here at my place then you know This tatau not as what you think of. I cant write too long here , coz I too new here. Hope we can meet again in new post. C ya....Make our life enjoy in whatever we do.

Monday, November 26, 2007

TATAU , Bintulu, Sarawak

Hello friends , enemies and God belongings, I'll be going on 30th December to new place as an OCPD ( Officer In charge Police District ) . As i told you this my new era in my life as Policeman . Lots of feelings surrounded me at this moment . Happy,sad,cool,who cares.....at this age of 35yrs old im too young to lead a police district. Gosh.....can i do it or my new post will tremble me either...Ha HA hA.....My instinct said..Nizam ,other people can do why dont you...Actually I feel this the right time for me to change on new environment and culture. Distance is not the main barrier to me from being good to people. God knows what is the good for his followers...Alhamdulillah, im too excited to be there. If my justification will in line with my pray...i can see theres a future for me to derive the force that i luv in a good way...

Tuesday, November 6, 2007

The New Era

Hi , Lama tak menulis dlm blog ni. Banyak kerje sesangat. Kerja aku selama ni menghambakan diri pada pasukan tercinta PDRM amat mebgertikan aku apa itu kawan,lawan dan pemerhati..... Last Friday , dlm email polis @e-siar yang selalunya warga polis akan tunggu setiap hari adalah berita kenaikan pangkat, pertukaran jawatan dan tempat kerja. Aku telah tersenarai dalam buletin ini . WOO.....Daripada jawatan Pegawai Penguatkuasa Trafik Jalan Bandar aku telah ditukarkan ke satu daerah yang agak terpencil nun jauh di Bintulu Sarawak iaitu TATAU dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah. At this age of 35 aku menjadi OCPD termuda dalam sejarah PDRM....Bangga , sedih dan macam macam perasaan aku rasa. Di sebalik pertukaran ini ade cerita disebaliknya...........Ya kawan makan kawan, tapi tuhan selalu bersama dengan orang yang teraniaya....Aku sebenarnya hendak dilambung ke satu pendalaman di sarawak dengan satu jawatan yang akan mematikan terus langkah aku sebagai seorang pegawai polis yang berwibawa tetapi ini semua adalah ketentuannNYa....aku di tugaskan untuk menjadi OCPD bagi satu daerah yang baru....Kalau dr sudut yang negative memang aku rasa diperbodohkan oleh boss, kawan dan orang sekeliling tetapi kalau aku pandang dari sudut yang positive aku seakan dapat merencanakan perjalanan tugas aku dalam beberapa tahun akan datang ....Ya OCPD Tatau......panjang umur , aku akan bertugas lagi 22 tahun ....apakah aku hanya akan berpuashati dengan apa yang aku ade sekarang....TIDAK....Hati kecil aku/instinct aku berbisik.." Zam, you'll be there someday...sabar, usaha dan berhati baik, jangan menganiaya orang"... Pada mereka mereka yang cuba mencorakkan perjalanan tugas aku , hentikanlah agenda busuk itu.... Aku pasti akan kembali satu hari nanti di bumi Jalan Bandar ini dan akan memandang ke bawah apa yang patut aku corakkan.....TUNGGGUUUUUUU...................................................................................................................................................

Thursday, September 6, 2007

Salam Kemerdekaan!!!!

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! Tak terlambat rasanya saya mengucapkan salam kemenangan @ kemerdekaan kepada semua....Bertuah rasanya tinggal di bumi Malaysia ini...sedikit sebanyak terguris tersinggung sesama kita tak lah sampai kita bermusuhan berpanjangan ....kita patut bersyukur yang kita kini sepatutnya menjaga peninggalan dan kenangan kenangan nenek moyang kita yang dahulu berjuang membebaskan buni Malaysia tercinta ini ...apa patutkah kita bermusuhan sesama sendiri untuk merosakkan kembali bata bata kemerdekaan ini agar hancur dan berjuang semula untuk membina nya kembali... Tetapi masih ada lagi ada antara kita yang masih belum merdeka...banyak perkara yang belum kita merdeka..kalau nak dihurai satu persatu, tak menang tangan nak membojok skrin ini...tapi sendiri mau ingat dan faham siapa kita , apa yang patut kita buat sebagai pertahankan pesaka bangsa ini.... Jujur ikhlas dan pandanglah sekeliling kita ...apa yang kita ada ini bukannya hasil pembohongan nenek moyang kita tetapi semua terbit dari perasaan cintakan negara dan benci pada penjajah ....oleh itu, marilah kita jadikan tali persaudaraan ini lebih kukuh dan kuat tanpa dapat di rungkai oleh mana mana anasir yang mahu melihat kita meniarap semula untuk menjadi tegak berdiri seperti sekarang.. Salam Merdeka , Salam Kemenangan....MARN-TARB

Saturday, July 21, 2007

IM BACK!!!

BREAKING NEWS...."Im Back " , tanggal 20hb July 2007 at 1820hrs aku telah secara rasminya dimandatkan untuk membenteras kegiatan "Lumba Haram" atau well known as Team 42 dalam bandara Kuala Lumpur . Setelah berbincang dari hati ke hati bersama Boss SAC 1 Tuan hj. Hamza B. Taib di pejabat beliau ,aku akur akan pandangan boss aku kenapa aku di arahkan kembali untuk mengetuai semula Team 42. Berlatar belakangkan Ketua Unit Cegah Lumba Haram sewaktu waktu dahulu dan beberapa siri kejayaan Team 42 dalam menengani masalah sosial ini aku menyahut cabaran boss dari sudut yang lebih positif. Kearah mengurangkan atau boleh menghapuskan terus kegiatan tidak bermoral ini . Apa Itu Lumba Haram? Tiada istilah dalam mana mana rujukan bahasa tentang lumba haram ini . Perkataan Lumba Haram ini hanya wujud di kalangan masyarakat kita sahaja . Dari sudut perundangan lumba haram ini boleh dirujuk dalam Sek.42(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 iaitu secara ringkasnya " memandu secara merbahaya dan melulu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain " Dalam konteks melanggar peraturan jalanraya ini , kita seharusnya jangan hanya memandang setakat perbuatan segelintir mereka ini @ mat rempit menunggang kenderaan secara merbahaya tetapi disebalik itu mereka ini ada yang terlibat dengan kegiatan penagihan dadah , mencuri motorsikal , samun , ragut , pecah kenderaan atau ada juga menjadi samseng jalanraya . Golongan gadis pula ada yang biasa kita bahasakan sebagai Bohsia , tidak segan silu mendedahkan yang mereka telah terjebak dengan seks bebas seawal umur 13 tahun. Remaja - remaja ini ( suka saya nyatakan remaja kerana kebanyakan peringkat umur ini yang terlibat dalam kegiatan lumba haram ) rata ratanya datang dari keluarga yang bermasalah seperti pencerian ibu bapa , kehidupan yang sederhana dan kurang perhatian dari masyarakat sekeliling . Mereka juga dari golongan yang berpekerjaan dengan gaji tidak sampai RM 1000 sebulan. Hidup pula di kota besar yang sedia maklum kos sara hidupnya tinggi. Apakah Peranan Kita Sebagai ahli dalam masyarkat , kita semuanya harus melihat dari sudut yang negatif bahawa perbuatan atau kegiatan lumba haram ini adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membenterasnya . Kita semua harus mengambil sikap ingin ambil tahu bukan busybody , terhadap permasalahan ini . Ramai antara kita lebih bersikap melepaskan kata kata rasa tidak puashati kepada kalangan kita sahaja apabila melihat dengan rasa tidak bersetuju apa yang dilakukan oleh penunggang motorsikal ini . Kenapa kita tidak menjadi penggerak untuk memerah otak mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani permasalahn ini . Bermula dari rumah , ibu bapa seharusnya memberi ruang untuk melihat , menyelami jiwa dan perasaan dan memantau atau mengambil tahu pergerakan ,percampuran anak anak kita . Kita harus berasa risau dengan hal hal anak anak kita , bagaimana , siapa , dimana percampuran anak anak kita dengan rakan rakan mereka. Memang sikap remaja yang mula meningkat naik mempunyai perasaan untuk memberontak. Kita semua jangan jadikan anak anak kita seperti Sazali dalam filem " Anakku Sazali" ...ini semua sudah terlewat. Peranan Polis DiRaja Malaysia Pihak polis amat bimbang dengan gejala yang kian menular ini diseluruh pelusuk tanah air. Oleh itu pihak Trafik Kuala Lumpur telah menjadi penggerak untuk membenteras kegiatan ini dengan mewujudkan pasukan petugas khas bagi menangani masalah ini .STRIKE FORCE TEAM 42 atau juga dikenali dengan nama Skuad 42 @ Team 42 dan ada juga kalangan Mat rempit menggelarkan kan sebagai "Gangster Kuala Lumpur" . Apapun nama , sebutannya ,pasukan petugas khas ini diwujudkan untuk membenteras kegiatan yang tidak berfaedah ini . Pihak Polis menjalankan operasi yang berterusan dalam menjalankan tugas ini tidak lain adalah kerana menyayangi anak anak kita ini . Seandainya mereka terlibat dengan sesuatu kemalangan yang meragut nyawa , bayangkan betapa ruginya negara kita ini . Kerana anak anak kita adalah aset negara yang bernilai . Mereka masih muda dan dengan ini apabila mereka ditangkap dan dituduh diMahkamah kita harap mereka ini akan berubah kepada perlakuan dan bersifat mulia . Petugas khas ini( Strike Force Team 42) bukanlah bertugas untuk menganiaya mat rempit tetapi lebih kepada membantu mengawal perlakuan yang baidap ini. Sebagai Ketua Unit Ops Cegah Lumba Haram Trafik Bandaraya Kuala Lumpur , saya bersama pasukan saya akan terus berusaha menjadikan bandaraya Kuala Lumpur ini bebas dari gejala ini . Salam, jumpa lagi......... 'NO GAME NO WAR '

Thursday, July 19, 2007

.... Sesuatu ada disana



Baru baru ini kita semua telah dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah Helikopter Nuri milik TUDM yang baru sahaja berlepas dari lapangan terbang sungai besi .Hilang dalam lingkungan hutan Genting Sempah dan bukit tinggi . 6 pegawai TUDM berada dalam pesawat tersebut. Setelah gerakan mencari dan menyelamat di jalankan , pada hari kelima kita di paparkan lagi berita pesawat tersebut telah terhempas di jurang gunung buah lebih kurang jaraknya 4 kilometer dari lebuhraya karak sebelum terowong genting sempah hala ke karak. Kesemua crew dalam pesawat disahkan terbunuh. Sebagai manusia biasa , terdetik hati saya betapa Allah itu Maha kuasa dan bila bila masa sahaja kita akan dipanggil mengadapNya. Sebagai saudara seislam, rakan seperjuangan dalam badan beruniform , saya tidak dapat menahan perasaan sedih apabila 2 jenazah pertama tiba dengan helikopter Nuri di padang Hospital Besar Kuala Lumpur. Mereka telah pergi meninggalkan orang orang yang tersayang , ibu bapa , adik beradik , isteri ,rakan setugas saudara mara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Sebagai rakan seperjuangan demi menjaga kedaulatan Negara , sumbangan kecil dari pihak saya bersama rakan rakan petugas trafik yang lain telah membantu melicinkan dan mempermudahkan laluan para wira wira negara menuju ke destinasi masing -masing bermula dari rumah mayat HKL ke TUDM Sungai Besi lalu ke TUDM Subang. Disamping bacaan ayat suci AlQuran yang disedekahkan kepada roh roh mereka saya berasa betapa kita semua ini telah bersatu dalam menyerap kesedihan kesedihan dari orang yang lebih menyayangi mereka . Tidak kira bangsa , agama , pangkat , gelaran dan fahaman politik , semuanya bagaikan satu keluarga ..
......itulah Rakyat Malaysia.

Tanggal 18hb Julai 2007 jam lebihkurang 1630hrs , jenazah Kapten Udara Nor Azlan Dato Termuzi yang juga merupakan anak saudara kepada Ybhg.Tan Sri Dato Najib Timbalan Ketua Polis Negara selamat disemadikan di tanah perkuburan islam Bukit Kiara dengan penuh istiadat tentera.Dalam waktu waktu begini , ada sesuatu di sana yang ada dalam diri kita yang masih berpijak di atas muka bumi kepunyaan Allah ini iaitu hati dan perasaan yang sama sama merasai kesedihan ini . Kepada Semua Allahyarham dan Allahyarhamah semoga tenang dan aman bersemadi di alam Fana' sementara menunggu masa untuk bertemu kembali di Akhirat Kelak. Alfatihah................ Enam anggota tentera udara yang terkorban ialah : Juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi(29).Beliau ialah anak saudara Timbalan Ketua Polis Negara , Datuk Mohd Najib Abdul Aziz. * Pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof(27 tahun) * Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara)(34) * Sarjan Mohd Azmie Md Yassin ( 35 tahun) * Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias (28) * Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad (27)

Monday, July 16, 2007

CRC Family Day



Last Saturday my bike club Cop Riders Club had our Family day gathering di Mercu Beach Resort Cherating. Almost 31 keluarga datang yg mana semuanya termasuk isteri dan anak anak hampir 80 lebih orang . Meriah juga. Perjalanan konvoi kereta dan motor bermula dari stesyen minyak BP selepas tol gombak. Bertolak jam 1045 pagi melalui lebuhraya . Pada awalnya our journey baik dan terkawal. Member-member bikers yg bawak motor bantu buat marshalling. Tq Bro Aris , Pakya (Wingers) Mat Metro , Ipin , Roslan Puncak Niaga , Uncle Tiger, Embok 1000RR , Edrin and wife Wati , Abg Wan Malek n Wife ST1300 , dan lain lain yang tak tersebut nama disini . Adalak kawan sorang ni Eddie CBR900RR sudah putus rantai di pertengahan jalan ....nasib baik ada plus ronda bantu bwk mtr sampai RnR Temerloh..Tq Bro...Skrg Edie sudah tukar nama Eddie RP bukan RT Bwm tu , RP = Rantai Putus...hehehe jgn marah bro . Kita org tunggu eddie kat RnR Temerloh...Tak lama kemudian , eddie sampai Universal Riders dari Temerloh kalau tak silap bantu bwk mtr eddie ke kuantan naik pickup ranger untuk ganti rantai ...TQ Bro Universal Riders. Kami yg lain terus shoot ke Mercu Beach resort Cherating dan check in hampir jam 3ptg . Penat beb. Jam 4ptg gameshow bermula.Macam macam ada untuk anak anak ,ibu ibu dan bapa bapa.Meriah . Malamnya 8.30pm ada dinner. After ucapan perasmian dari Tuan Presiden CRC Supt. Zahedi Ayob, semua skali menikmati makan malam yang di taja oleh saudara Zamri Dr Hotel Sri Malaysia Temerloh. Tq Bro. Acara karoeke dan cabutan bertuah menceriakan lagi suasana . Ada yg macam peserta realiti TV tapi takdak sms AFUNDI...Bro bikers CRC ini ada yg bakat terpendam....Johan karoeke Tuan Presiden , Naib Johan Marn-tarb , Ketiga Bro. Khairol....yg nyanyi lagu Jamal Abdillah . Tq juga diucapkan pada Phang Bikers Abg Man yg datang dengan 4 bikers lain. Harap lain kali CRC dapat berkejasama dalam lain lain acara di masa akan datang . Sebelum tamat acara makan malam , saudara Zoom dr Pahang Bikers telah menjemput member2 CRC untuk datang Ke Zoom Cafe di kuantan . Ada sedikit jamuan pada 15hb esoknya. Pagi 15hb , acara permainan diteruskan , seperti Final tarik tali , futsal kaum bapa dan ibu . Ada yg main mcm dalam Copa America yg sedang hangat sekarang . Ada yg tarik nafas dalam dalam walaupun baru main 5 minit. Team Mat Metro telah jadi juara .Tahniah. Shafiq latah United tempat kedua . Tgahri setelah makan tengahari penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara masing masing dan ucapan penutup dari Timbalan Presiden . Jam 2 ptg yang menaiki kereta telah berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Bikers yg lain telah menghala ke Zoom Cafe dengan dijemput oleh Zoom sendiri menaiki Goldwing airbrush gambar COBRA . Chantik wooo.....Di Zoom cafe kami di jamu dengan mee kari , keropok , sata ( Sedap tu.....) pulut palas , kari , ayam masak merah , Air sirap , teh dan tea o . Semasa menjamu selera , Saudara Zoom telah memaklumkan seorang ahli Pahang Bikers bernama Nasir yg menunggang 636 , telah meninggal dunia di Maran akibat kemalangan Jalanraya. ALFATIHAH untuk rakan bikers kita Nasir semoga Rohnya dicucri rahmat . Amin . CRC members yg ada di zoom cafe telah melancarkan kutipan derma kilat yg tak seberapa dan diserahkan oleh Timbalan Presiden CRC kepada Saudara Zoom untuk disampaikan kepada keluarga Allahyarham . Jam 5 ptg berlepas pulang ke Kuala Lumpur dalam Hujan lebat ......Cop Riders Club Members...you're the best brothers . Salam Timbalan Presiden CRC, ASP Norhizam Bahaman ( marn-tarb)

myFren,myLove,myBuddy,myBike

myFren,myLove,myBuddy,myBike
Superbbbb

Tour till no end.................

alwiz lookin forward to have tour throughout the great land that created by GOD ....once you step on at new land , u must appreciate what you had did. BUT , for me .....im enjoyed my tour with my beloved one ....Miss Gelande Strasse.....U will guess, who is this lady to me...She's so damn preety and and alwiz be top of her while my two legs grab her solid sensual body tightly....GOSHH...feelin very good......it is my BMW 1200GSA.............