
Baru baru ini kita semua telah dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah Helikopter Nuri milik TUDM yang baru sahaja berlepas dari lapangan terbang sungai besi .Hilang dalam lingkungan hutan Genting Sempah dan bukit tinggi . 6 pegawai TUDM berada dalam pesawat tersebut. Setelah gerakan mencari dan menyelamat di jalankan , pada hari kelima kita di paparkan lagi berita pesawat tersebut telah terhempas di jurang gunung buah lebih kurang jaraknya 4 kilometer dari lebuhraya karak sebelum terowong genting sempah hala ke karak. Kesemua crew dalam pesawat disahkan terbunuh. Sebagai manusia biasa , terdetik hati saya betapa Allah itu Maha kuasa dan bila bila masa sahaja kita akan dipanggil mengadapNya. Sebagai saudara seislam, rakan seperjuangan dalam badan beruniform , saya tidak dapat menahan perasaan sedih apabila 2 jenazah pertama tiba dengan helikopter Nuri di padang Hospital Besar Kuala Lumpur. Mereka telah pergi meninggalkan orang orang yang tersayang , ibu bapa , adik beradik , isteri ,rakan setugas saudara mara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Sebagai rakan seperjuangan demi menjaga kedaulatan Negara , sumbangan kecil dari pihak saya bersama rakan rakan petugas trafik yang lain telah membantu melicinkan dan mempermudahkan laluan para wira wira negara menuju ke destinasi masing -masing bermula dari rumah mayat HKL ke TUDM Sungai Besi lalu ke TUDM Subang. Disamping bacaan ayat suci AlQuran yang disedekahkan kepada roh roh mereka saya berasa betapa kita semua ini telah bersatu dalam menyerap kesedihan kesedihan dari orang yang lebih menyayangi mereka . Tidak kira bangsa , agama , pangkat , gelaran dan fahaman politik , semuanya bagaikan satu keluarga ..
......itulah Rakyat Malaysia.

Tanggal 18hb Julai 2007 jam lebihkurang 1630hrs , jenazah Kapten Udara Nor Azlan Dato Termuzi yang juga merupakan anak saudara kepada Ybhg.Tan Sri Dato Najib Timbalan Ketua Polis Negara selamat disemadikan di tanah perkuburan islam Bukit Kiara dengan penuh istiadat tentera.Dalam waktu waktu begini , ada sesuatu di sana yang ada dalam diri kita yang masih berpijak di atas muka bumi kepunyaan Allah ini iaitu hati dan perasaan yang sama sama merasai kesedihan ini . Kepada Semua Allahyarham dan Allahyarhamah semoga tenang dan aman bersemadi di alam Fana' sementara menunggu masa untuk bertemu kembali di Akhirat Kelak. Alfatihah................ Enam anggota tentera udara yang terkorban ialah : Juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi(29).Beliau ialah anak saudara Timbalan Ketua Polis Negara , Datuk Mohd Najib Abdul Aziz. * Pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof(27 tahun) * Sarjan Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara)(34) * Sarjan Mohd Azmie Md Yassin ( 35 tahun) * Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias (28) * Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad (27)
No comments:
Post a Comment